Kerjaya Syahir Sulaiman

Beliau memulakan kerjaya sebagai akauntan pengurusan di Shell Malaysia Exploration & Production (SMEP) yang beroperasi di Sarawak, Malaysia selama 1 tahun 11 bulan dari Februari 2006 hingga Disember 2007. Dalam pada itu, beliau juga menjadi pelatih di sebuah agensi perakaunan yang beroperasi di Kuala Lumpur, PricewaterhouseCoopers (PwC) selama 2 bulan (April-Jun 2006). Kemudian beliau berkhidmat di Sime Darby sebagai Eksekutif Kanan, Kewangan Korporat dari Januari 2008 hingga Jun 2010 (2 tahun 6 bulan) dan menjadi Pegawai Khas kepada Ketua Pegawai Operasi Kumpulan bermula Julai 2010 hingga April 2013 (2 tahun 10 bulan). Pada bulan berikutnya, beliau diberikan tanggungjawab sebagai Penolong Naib Presiden, Pembangunan Perniagaan dan Perancangan Strategik di Sime Darby Property[5] sehingga Jun 2017 (4 tahun 2 bulan) sebelum menjadi Penolong Naib Presiden, Strategi Pembangunan (untuk Lembah Wawasan Malaysia) sehingga Julai 2018 (1 tahun 2 bulan) di syarikat sama. Beliau melepaskan jawatan beliau di Sime Darby Property apabila dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Presiden PAS bermula Julai 2018 sehingga kini.

Rujukan

WikiPedia: Syahir Sulaiman http://www.1media.my/2018/07/pelantikan-setiausaha... https://www.calendata.com/2013/10/tmi-forum-malays... https://www.facebook.com/syahirnomic/ https://www.instagram.com/syahirnomic https://my.linkedin.com/in/syahirsulaiman https://twitter.com/syahirnomic https://www.nst.com.my/news/2017/04/227433/study-g... https://www.sinarharian.com.my/article/65744/BERIT... https://berita.pas.org.my/mengenali-kepimpinan-pem... https://berita.pas.org.my/pelantikan-setiausaha-po...